Kelas : 3PAO1
Npm : 15510056
Mata Kuliah : Psikoterapi
Transaksional Analisis atau lebih dikenali dengan huruf ringkas TA dibina dan dikembangkan oleh Eric Berne pada pertengahan 1950an. Pada ketika itu psikoanalisis adalah kaedah terapi yang paling kukuh diamalkan. Oleh itu tidak hairanlah mengapa Berne sendiri bermula sebagai seorang analisis. Sebagai pelajar perubatan yang kemudiannya menjadi psikiatris, Berne sangat berminat untuk mempelajari psikologi ego, Berne sangat tertarik dengan hasil kajian Pernfiels’s (1952) yang menyimpulkan bahawa keadaan emosi seseorang yang wujud pada situasi tertentu bukanlah hanyalah kemunculan semula kejadian yang benar-benar serupa yang pernah dialami terdahulu, tetapi lebih merupakan pengalaman sekarang (in the present) terhadap ingatan dan pengalaman beserta dengan emosi yang terbit pada situasi masa lalu. Lanjutan kepada kajian-kajian Penfield (1952), Federn (1952) adalah orang yang memperkenalkan istilah ‘ego state’ untuk menghurai keadaan ini ‘Ego state’ kekal dalam diri seseorang dan berpotensi untuk muncul pada bila-bila masa sahaja.
Dengan adanya pengaruh teori komunikasi yang kuat dalam menyelesaikan sesuatu masalah manusia pada zaman Berne, kita dapat melihat pengaruhnya apabila ia memperkenalkan tiga ‘ego state’ yang aktif dinamik dan boleh dilihat, iaitu ‘Parent’ ‘Adult’ dan ‘Child’ (PAC). Ketigatiganya dilihat oleh Berne sebagai wujud dalam diri setiap individu.
ASAS TEORI TA
Teori TA percaya bahawa ketiga-tiga ‘ego state’ wujud dalam diri setiap individu dan setiap individu pula mempunyai kepeluan semula jadi terhadap belaian atau pengiktirafan yang dipanggil sebagai ‘strokes’. Untuk mendapatkan ‘strokes’ ini individu akan merekacipta
rancangan untuk mencapainya melaluinya ‘life script’. ‘Life script’ terbina pada zaman kanakkanak berdasarkan kepada kepercayaannya terhadap dirinya dan diri orang lain. kepercayaan individu ini pula terbina hasil daripada caranya berurus dengan orang lain yang
berulang-ulang. Cara berurus atau berinteraksi dengan orang lain yang berulang-ulang atau ‘stereotped’ ini dipanggil oleh Berne sebagai permainan atau ‘games’.
Dalam permainan itu individu akan diwakili oleh berbagai sifat ‘ego states’ seperti ‘critical parents’ atau ‘nurturing parents’, ‘adult’ atau ‘free child’ atau ‘adapted child’. Kedudukan ‘ego states’ dalam diri seseorang dipanggil sebagai ‘egograms’ yang mewakili personalitinya.
Pada asalnya Berne hanya menyebut dua jenis ‘ego states’ iaitu ‘child’ dan ‘adult’, terutamanya apabila melihat ada orang dewasa yang berfikir, berperasaan dan bertingkahlaku seperti kanak-kanak. Beliau melihat ego kanak-kanak mempunyai sifat-sifat kreatif, beremosi, kadang-kadang kuat menentang dan kadang-kadang patuh. Beliau juga menamakan ego kanak-kanak ini sebagai ‘archaeopsyche’. Ego dewasa pula dilihat oleh Berne sebagai realistik dan logikal. Ia menamakannya sebagai ‘neopsyche’. Tindakan ‘neopsyche’ adalah berpandukan kepada kira-kira dan pemprosesan data. Untuk mengenal mana satu jenis ego ini, panduannya ialah dengan meneliti gerak-geri, kata-kata, nada suara dan persembahan diri seseorang. Kemudian Berne melihat adanya tingkah laku seseorang yang bertindak menjaga moral, nilai , kepercayaan, mengawal orang, kritikal dan ambil kisah tentang pertumbuhan orang lain. Sifat-sifat ini sama benar dengan sifat emak, ayah atau yang setara dengan mereka, lalu Berne menamakan keadaan ini sebagai ego ibu- bapa atau ‘exteropsyche’.
KEADAAN EGO INDIVIDU
Secara mudah ketiga-tiga keadaan ego itu wujud dalam diri seseorang seperti berikut :
• Parent (Exteropsyche)
• Adult (Neopsyche)
• Child ( Archaepsyche)
Oleh kerana ketiga-tiga keadaan ego itu wujud dalam diri seseorang, maka sesuatu keadaan ego itu tidak diwakili oleh faktor fizikalnya; tidak kira sama ada orang tua atau kanak-kanak. Apabila ada dua orang berhubung pada satu masa, gambarannya ialah akan jadi seolah-olah ada enam orang yang sedang berhubung. Enam struktur ego akan terlibat dalam ‘transaction’ (mungkin boleh diterjemah sebagai ‘tukar-menukar’ atau ‘jual-beli’). Berne tidak menggunakan istilah ‘communication’ (perhubungan).
sumber :
Nordin, Kassan, & Mustaffa. (2008). Transaksional Analisis untuk Kauseling Keluarga. Seminar Kaunseling Keluarga. Universitas Teknologi Malaysia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar